Being alone with Allah is better than being crowded by people who have forgotten Allah;)







Monday, October 11, 2010

Calon isteri idaman;)

Di sebuah kampung,ada seorang pemuda kacak,beriman serta cerdik.Pada suatu hari,dia mengatakan hasratnya yang ingin berkahwin dengan gadis yang beriman serta bijak sepertinya kepada keluarganya.Hasrat itu disokong oleh keluarganya yang mahu lihat dia berkahwin segera.

Pemuda itu pun mengemas barang-barangnya dan bersiap bagi melakukan siri pengembaraannya.Dia memulakan pengembaraannya dengan menunggang kuda dari satu kampung ke kampung yang lain bagi mencari calon isteri idaman hati.
Akhirnya,selepas lama mengembara,dia berhenti di sebuah kampung di negeri Yaman.Sedang dia berehat,dia terjumpa dengan seorang lelaki.Lelaki itu mempelawanya berjalan bersama-sama dengannya.Pemuda itu meneruskan perjalanan bersama lelaki itu.Sebelum bertolak,pemuda itu bertanya kepada lelaki itu,"saudara,saya ingin bertanya padamu.Apakah saudara hendak membawa saya ataupun saya yang patut membawa saudara?"
Lelaki itu memandang dengan rasa hairan.Dia pun berkata dengan suara lantang,"mengapakah saudara begitu bodoh?Saya menunggang kuda dan saudara juga menunggang kuda sendiri.Bagaimana pula saya ingin membawa saudara naik bersama saya?"
Pemuda itu mendiamkan diri apabila mendengar jawapan daripada lelaki itu.Kemudian,mereka meneruskan perjalanan dan tiba di sebuah kampung.Kampung itu mempunyai banyak kebun buah.Pada masa itu,pokok buah-buahan sedang masak ranum dan belum dipetik oleh tuannya.
Pemuda itu berasa kagum apabila melihat lebatnya buah-buahan di kebun itu.Dia pun bertanya kepada lelaki itu,"Apakah pandangan saudara berkenaan dengan pokok buah itu?Adakah tuan punya kebun itu memetik buahnya?"
Lelaki itu memandang pemuda itu dan menjawab,"mengapakah saudara bertanya begitu?Tidakkah saudara nampak sendiri,buah-buahan itu masih tergantung di pokoknya dan belum lagi dipetik.Mengapa pula saudara bertanya berkenaan buah yang ,masih belum dipetik dan dimakan oleh tuannya?Itukan pelik namanya?"
Pemuda itu hanya mendiamkan diri apabila lelaki itu menjawab dengan nada seperti memarahinya.Dia tidak membalas pertanyaan lelaki itu.Kemudian,mereka meneruskan perjalanan.Tiba-tiba,dalam perjalanan itu,mereka terserempak dengan rombongan yang sedang mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Pemuda yang kacak dan bijak itu mengajukan pertanyaan kepada lelaki yang bersamanya.Dia berkata,"Apakah pandangan saudara,adakah mayat yang berada dalam keranda itu masih hidup ataupun sudah mati?"
Lelaki itu begitu hairan dengan pertanyaan pemuda itu menggelengkan kepalanya.Dia pun menjawab dengan suara yang garau,"saya semakin tidak faham dengan sikap saudara?"lelaki itu merenung wajah kacak pemuda yang berdiri di sebelahnya.
Dia pun berkata lagi dengan nada yang marah,"Sepanjang hidupku,belum pernah lagi saya berjumpa dengan pemuda seperti saudara yang sungguh bodoh!sudah tentu jenazah yang ada dalam keranda itu sudah mati.Apabila sudah mati,perlu ditanam di tanah perkuburan."
Pemuda yang mendengar jawapan lelaki yang berada di sebelahnya terus mendiamkan diri.Dia tidak berani untuk menjawab balik ulasan yang diberi oleh lelaki itu.Mereka meneruskan perjalanan dan tiba di sebuah rumah.Rumah itu milik lelaki yang berjalan bersama pemuda itu.Lelaki itu mempelawanya bermalam di rumahnya.Dia kasihan melihat pemuda itu yang kelihatan begitu letih.Lelaki itupun masuk ke dalam rumahnya dan berjumpa dengan anak gadisnya yang cantik.
Apabila melihat bapanya membawa seorang pemuda balik ke rumah mereka,anak gadis lelaki itu pun bertanya kepada bapanya,
"Siapakah yang bersama dengan bapa?"
"Dia adalah pemuda paling bodoh yang tidak pernah bapa jumpa sebelum ini."
Anak gadis lelaki itu berasa hairan dengan jawapan bapanya.Dia mengikuti bapanya dari belakang lalu bertanya lagi,"Apakah maksud bapa?Betulkah pemuda itu bodoh?"
Lelaki itu memandang wajah anak gadisnya yang cantik dan mengajak anaknya duduk bersama dengannya.Lelaki itu mula menceritakan pertemuan dengan pemuda itu serta segala pertanyaan yang diajukan sepanjang mereka bersama dalam perjalanan itu.
Apabila selesai mendengar cerita daripada bapanya,gadis itupun berkata,"Mengapakah bapa berkata pemuda itu bodoh?Dia cerdik dan cerdas otaknya."Lelaki itu hairan dengan kata-kata anak gadisnya.Dia memandang anak gadisnya dengan dahi yang berkerut.
Kemudian,anak gadisnaya menyambung kata-katanya,"Bapa,setiap kata-kata pemuda itu mempunyai makna yang tersembunyi.Contohnya,apabila dia bertanya sama ada bapa yang membawanya atau dia yang membawa bapa?itu mengandungi maksud yang lain."
Lelaki itu bertanya kepada anak gadisnya,"Apakah maksudnya?Cuba kamu jelaskan pada bapa."
Anak lelaki gadis itu tersenyum dan menjawab,"maksudnya,adakah bapa dan pemuda itu dapat berbincang antara satu sama lain sehingga menjalinkan hubungan yang baik dengan bapa."Lelaki itu hanya mengangguk.Anak gadisnya terus berkata,,"Manakala pertanyaan berkaitan dengan buah-buahan itu sama ada sudah dimakan oleh tuannya atau tidak,ia bermaksud sama ada,sama ada tuan kebun itu sudah menjual buah-buahan itu sebelum dimakan ataupun tidak.Ini kerana apabila sudah dijual,bermakna tuan punya kebun itu sudah mendapat hasilnya dan daripada wang yang diperolehi akan dibelanjakan oleh keluarganya."
Lelaki itu mula tersenyum apabila mendengar jawapan daripada anak gadisnya.Dia setia mendengar pandangan anak gadisnya.Gadis itu menyambung,"Bagi pertanyaan sama ada jenazah yang berada di dalam keranda itu masih hidup ataupun sudah mati,itu bermaksud sama ada jenazah itu mempunyai anak yang dapat meneruskan perjuangannya ataupun tidak."
Apabila mendengar penjelasan daripada anak gadisnya,lelaki itu pun keluar dari rumahnya dan berjumpa dengan pemuda itu yang sedang duduk di luar rumah.Lelaki itu meminta maaf bagi kata-katanya yang menghina pemuda itu.Lelaki itu pun menceritakan kepada pemuda itu berkenaan pandangan anak gadisnya bagi pertanyaan yang ditimbulkan oleh pemuda itu semasa mereka mengembara.
Apabila mendengar kata-kata daripada lelaki itu,pemuda itu pun bertanya,"Demi Allah,jawapan yang saudara kemukakan itu bukan daripada saudara.Beritahu saya,siapakah yang memberi jawapan yang begitu baik?"
"Anak gadis saya yang memberikan jawapan itu."kata lelaki itu pemuda itu sambil tersenyum.
"Sudikah saudara mengambil saya menjadi menantu saudara?"ujar pemuda itu dengan spontan."Ya,sudah tentu.Boleh!"Jawab lelaki itu tanpa berfikir panjang.

Akhirnya,pemuda itu bertemu dengan calon isteri yang menjadi idamannya.

"Sudikah saudara mengambil saya menjadi menantu saudara?"ujar

calon isteri idaman;)

Saturday, August 7, 2010

Kerana itulah kita bermimpi

Bab 1^_^

Nama aku Max.Umurku 17 tahun.SPM bagi aku memang penting.Aku nak masuk UPM.Malangnya,tahun nie merupakan tahun 'shit' bagi aku..Semua orang benci aku,xsuke aku...aku mcm sampah..semua sebab dia.Kerana dia,aku jadi cam ni.Kerana dia,aku rse aku x guna.Kerana dia jugaklah..aku hilang diri aku.
-FLASHBACK-
Well,nama dia Moi.Umurnya 16 tahun.Kali pertama,aku kenal dia,aku benci sgt kat dia sebab dia tu mirip ex-gf aku yang aku sangat syg.Cume bezanya,Moi pakai tudung.Moi nampak garang tapi lepas knl dia,dia sangat unik.Yang pasti,aku dah jatuh cinta kat dia tapi aku senyap..takut biler aku bagitau kat moi,moi layan aku laen.Tambah2,Moi kire 'hot' jugak lah dalam kalangan pelajar pmpuan.Alahai!Moi.Dungunya aku sbb kau!

Bab 2^_^

Aku 'decide' nak bgtau Moi.Sayangnyer,Moi tolak aku mentah-mentah.Moi kte dye x nak rosakkan friendship anatara aku ngan dia.Aku faham Moi tapi kau faham x ape yang aku rse skrg.Betapa kecewanya aku,betapa hancur hati aku.Jadi,aku tekad nak brubah bg menarik perhatian Moi.Aku warnakan rambut,oren keemasan.Dress up aku ala-ala korea..barat..entahlah tapi aku makin stylo.Aku faham, Moi mesti rse yang aku nie da gler.Dari budak kool berubah jadi gangster.Kalaulah Moi tahu ape yang aku rse skrg.kan senang.Moi jumpe aku dua hari lepas aku luahkan perasaan aku kat dia.Moi cakap aku kacak tapi jangan jadi gangster.Dia tak suke.Aku hanya mampu membisu.Ni pun bukan kehendak aku Moi.Semua sebab kau.kenapa kau rejek aku.Knpelahh kuat sgt cinta aku kat kau..Moi ajak aku klua.Bodohnyer aku!aku tolak.Aku kte ade hal sebenarnya aku x boleh tgk kau Moi.Aku rse marah sbb xdpt kau.Tapi kenapa..knp aku lemah sbb kau.

Bab 3^_^

Peliknyer..Siapa bersama Moi td?bf dia ke?..x mungkin.Moi kte dia x minat spe-spe pun..Tambah2,Moi tu skema sket.Haish,runsingnya aku..Esoknya,aku ade misi dgn geng aku.misi kteorg memblasah sorang mamat ni,Amin.Alangkah,terkejutnya aku.Amin adik Moi.Dialah yang bersama Moi semalam.Masalah-masalah..Pagi ni,tepat jam 10 pagi.Moi datang jumpa aku..Memandang tepat ke arah anak mataku.Moi marah aku sbb insiden aku blasah adik dia tu.Moi comel bler marah.Moi kte.."sia-sia,aku suka kau".Dia suka aku?ape maksud dye?Bukan ke dia da tolak aku awal-awal..dan itulah kali terakhir aku jumpe Moi.Moi sering mengelak dari jumpe aku.Aku mintak nasihat kawan baik aku,Dia kte aku patut jujur ngan Moi dan mintak maaf.Tapi x boleh,jatuhlah saham aku!Ahh!bia la..Moi lagi penting dari ego aku.

Bab 4^_^
Hari ni befday Moi.Aku datang jumpa dia.Moi biasa bila nampak aku.Aku luahkan segalanya..Moi pun luahkan jugak.Moi kte dia da lme simpan hati kat aku cume dia xnak bgtau sebab dia rse dia x layak utk aku.Luhurnya kau,Moi!Moi kte dia nak jumpe aku kat taman berdekatan dgn rumah aku esok pukul tiga petang.tak sabarnya aku!woohooo..sayang kau Moi!
Keesokannya,aku dtg tepat jam tiga petang...mne Moi..mne Moi ni...Sudah dua jam aku tunggu dia.Aku berharap dia datang.Tiba-tiba,telefonku berdering.Aku angkat dan kedengaran suara Lin(kawan baik Moi)..Ye..aku terima..Moi memang xkan datang..Moi kemalangan dlm perjalanan dari rumahnya ke taman hanya ingin berjumpaku..Tanpa sedar,air mataku menitis..Tolonglah datang,Moi.Aku masih berharap kau datang.Lin datang menyerahkan sampul surat berwarna merah dan hadiah.Kte Lin,itu dari Moi buat aku.

Bab 5^_^

Aku menangis dalam hujan seperti org baru lps klash..Kali nie..aku memang xkan berhenti menangis.Moi!kenapa tinggalkan aku..Aku bce surat tu.Kelihatan ade frame berbentuk 'love' dan itu aku dan Moi semasa darjah tiga..Moi tulis di belakang gambar tu,1437...Max. Di sekolah esoknya,kawan-kawan Moi menyalahkan aku kerana kematian Moi..Aku umpama mati hati..susah terima kenyataan ini..sbb itulah ini tahun malangku..semua sbb Moi.Gadis yang 'ranking number one' dalam hati aku.Selepas tamat tingkatan 5..aku masuk UPM dan graduate..Aku menjadi penyanyi dan semua laguku mengenai Moi. "Aku cinta kau,Moi".

"Max,Moi da lme sukakan Max..Max maafkan Moi cuz rejek Max.Bukan ape,moi mengidap kanser otak dan xdpt hidup lme dengan Max.Janji dgn Moi,Max kne teruskn hidup kerana itulah kita bermimpi....ikhlas :M o i<3